Gelang Phoebe Gelang_Zuhal

Pada 6 Oktober 2009, penemuan cakera halus bahan di satah dan sedikit dalam orbit bulan Phoebe diumumkan. Cakera ini bolehlah disebut sebagai satu lagi gelang Zuhal. Gelang ini condong 27 darjah berbanding satah khatulistiwa Zuhal (dan gelang lain). Ia terbentang antara 128 hingga 207 kali ganda jejari Zuhal; Phoebe mengorbit planet itu pada jarak purata 215 jejari Zuhal. Gelang ini kira-kira 20 kali ganda tebal berbanding diameter planet tersebut.[1] Memandangkan zarah gelang ini dianggap berasal dari hentaman (mikrometeoroid dan lebih besar) ke atas Phoebe, ia harus berkongsi putaran songsangnya,[2] yang berlawanan dengan pusingan orbit bulan Zuhal yang terdekat di sebelah dalam, Iapetus. Bahan gelang bergerak ke dalam disebabkan oleh pemancaran semula sinaran suria,[3] lalu menghentam hemisfera depan Iapetus, boleh jadi menerangkan corak warna dua-tona bulan tersebut.[4] Walaupun amat besar, gelang ini boleh dikatakan limunan—ia dijumpai dengan Teleskop Angkasa Spitzer inframerah NASA.[5] Kewujudan gelang ini pernah dicadangkan pada 1970-an oleh Joseph Burns dari Universiti Cornell.[2] Penemuan ini dibuat oleh Anne J. Verbiscer dan Michael F. Skrutskie (dari University of Virginia) dan Douglas P. Hamilton (dari University of Maryland, College Park) dan diterbitkan dalam Nature.[3][6]

Ilustrasi takat gelang Phoebe, jauh lebih besar dari gelang-gelang utama